Wednesday, April 13, 2011

tanda-tanda kecil hari kiamat

1)pengutusan atau kebangkitan nabi muhammad sebagai rasul dan pembawa risalah yang terakhir
2)lahirnya raja-raja,pemerintah dan pemimpin dari kalangan orang-orang yang berakhlak rendah
3)apabila wanita melahirkan tuannya
4)apabila orang yang tidak beralas kaki,telanjang,miskin,pengembala kambing dan sebagainya,bermegah-megah
   dalam gedung yang besar
5)berlakunya  peperangan dan pembunuhan antara dua golongan yang dakwahnya adalah satu
6)timbul fitnah dan pendusta yang mengaku dirinya sebagai rasul
7)ilmu pengetahuan dilenyapkan dengan meniggalkan para
8)banyak berlaku gempa bumi
9)masa dan jarak semakin pendek
10)banyak berlaku fitnah dan maksiat dalam masyarakat
11)banyak pembunuhan yang berpunca dari peperangan dan kejahatan akhlak manusia
12)harta melimpah ruah
13)banyak bangunan tinggi yang mencakar langit
14)orang-orang yang tidak layak,dilantik memegang sesuatu jawatan

Monday, April 11, 2011

memang manusia itu

Memang manusia itu tak sempurna semuanya, tapi sekurang-kurangnya orang yang tak sempurna dipandang tinggi oleh penduduk langit dan bumi apabila menyempurnakan hak Allah!

Sunday, April 10, 2011

bila ramai

Bila ramai tak sedar apa tujuan mereka dihidupkan di atas muka bumi ni, maka rosaklah apa yang ada di atas muka bumi ini..

manusia mukmin dan soleh

Manusia itu semuanya mukmin dan soleh di alam roh, mengaku dengan sebenar-benarnya bahawa Allah tuhan mereka.. Setelah ditiupkan roh ke dalam jasad dan ia membesar dan baligh, lalu sesetengah dari mereka menjadi penentang yang nyata!

aurat wanita

Mungkin ada golongan wanita yang masih tidak tahu. Kaki adalah aurat wanita dan ia wajib ditutup. Cara paling mudah pakai stoking. Ramai yang fikir mereka telah menutup aurat dengan sempurna, tetapi sebenarnya tidak kerana kaki mereka masih terdedah. Dalam masjid pun ada yang sanggup mendedahkan dan tak ada yang tegur. Seperti ia perkara remeh.

aurat lelaki

Mungkin ada golongan lelaki yang tidak tahu, aurat lelaki dari pusat hingga lutut. Jadi pakai seluar pendek atas paras lutut haram kerana menampakkan peha. Pakai seluar panjang bawah paras pusat tanpa memakai baju juga haram sebab menampakkan aurat.

seorang wanita

Seorang wanita yang bekerja sebagai penjaga tandas lebih mulia dari seorang penyanyi wanita yang terkinja-kinja di atas pentas.

lelaki

Lelaki tak boleh pakai rantai atau gelang kerana ia perhiasan kaum wanita. Sunat lelaki memakai cincin perak

Saturday, April 9, 2011

dari ibnu abbas

Dari Ibnu Abbas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Aku melihat ke syurga, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah orang-orang miskin. Dan aku melihat pula ke neraka, maka kelihatan olehku kebanyakan penghuninya ialah wanita.” -Muslim-

oleh Nabi NUH

Pembinaan bahtera oleh Nabi Nuh mengambil masa 100 tahun. Besar dan luasnya bahtera itu seperti 14 padang bola.

dari ape?

Jin dari api, malaikat dari cahaya, manusia dari tanah dan bidadari dari permata...

ceramah dari hana

Sesungguhnya orang² yg menyembunyikan (meminda / mengubah) apa² keterangan Kitab Suci yg telah diturunkan oleh Allah & membeli dengannya keuntungan dunia yg sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dlm perut mereka selain dari api neraka & Allah tidak akan berkata² kepada mereka pada hari kiamat & Dia tidak membersihkan mereka (dari dosa) & mereka pula akan beroleh azab seksa yg tidak terperi sakitnya

Hari Jumaat

Apabila tiba hari Jumaat, ada pada tiap-tiap pintu masjid malaikat yang ditugaskan menulis orang yang datang sembahyang Jumaat seorang demi seorang; kemudian apabila imam duduk di atas mimbar, malaikat-malaikat itu melipat (menutup) lembaran-lembaran surat yang ditulisnya dan mereka datang mendengar khutbah.

dalam beberapa puluh tahun

Dalam beberapa puluh tahun hidup di dunia ni, berapa banyak unsur agama dan ilmu agama yang diterapkan dalam kehidupan masyarakat melayu Islam kita? Amat sedikit bukan? Jadi carilah ilmu agama sebanyak mungkin untuk diamalkan supaya kita tidak menjadi seorang yang jahil bila kembali bertemu Tuhan yang maha adil..